Monday, 10 June 2019

Feedback daripada Pn. Zunita - Klang

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kami tumpang gembira atas kemeriahan dan kemesraan yang terjalin dalam keluarga 
Puan Zunita Amjah dari Klang ketika meraikan hari lebaran di Tanjong Karang. 
Jasmine Homestay sentiasa berusaha untuk menyediakan suasana inap desa yang
 tenang dan nyaman sesuai bagi seisi keluarga. 






"Anda Selesa, Kami Bahagia"




Thursday, 6 June 2019

Feedback daripada Cik Sue Sekeluarga - Pelabuhan Klang

Terima kasih kepada Cik Sue dan keluarga kerana telah memilih Jasmine Homestay untuk penginapan sepanjang berada di Tanjong Karang. Kami mengalu-alukan kedatangan pihak Cik Sue dan keluarga dengan hati yang terbuka. Kami juga telah menerima feedback yang positif daripada mereka. 





Terima kasih sekali lagi buat Cik Sue dan keluarga. Tahun depan jemput datang lagi 😄


"Anda Selesa, Kami Bahagia"



Salam Aidilfitri daripada Jasmine Homestay

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pihak Jasmine Homestay ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan yang pernah dan bakal menginap di Jasmine Homestay. Bersempena Hari Raya Aidilfitri, Jasmine Homestay telah siap berpagar demi memastikan keselamatan para pelanggan terus terjamin di samping menikmati kemeriahan suasana beraya bersama sanak saudara di desa tercinta. Kami juga telah menyediakan pembakar bbq di setiap unit homestay. Para pelanggan boleh menikmati suasana penginapan yang lebih tenang dan "privacy" di Jasmine Homestay. 

Terima kasih.





"Anda Selesa Kami Bahagia"



Tuesday, 8 January 2019

Salam 2019 daripada Jasmine Homestay!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Kepada para pelanggan yang budiman, Jasmine Homestay telah memulakan operasi pada Ogos 2017. Kini, setelah lebih setahun kami beroperasi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memilih untuk menginap di Homestay kami. Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kepuasan dan keselesaan pelanggan dengan mengambil kira pandangan daripada tuan/puan sekalian serta bersedia menambahbaik keperluan dan kelengkapan di Jasmine Homestay. 

Jasmine Homestay turut gembira dan berbangga kepada para pelanggan yang sudi memanfaatkan kemudahan yang disediakan. Kami berbesar hati kerana Jasmine Homestay telah menjadi pilihan bukan sahaja kepada seisi keluarga malah beberapa syarikat seperti IPD Ampangan Seremban, UKM, Syarikat Coway, SELIA Group, Majlis Perbandaran Sepang, i-Atlas Hulu Langat dan sebagainya. Terima kasih atas sokongan anda semua. 


"Anda Selesa Kami Bahagia"

Sunday, 8 April 2018

Feedback dari En. Naim - Syarikat Coway Malaysia

Terima kasih kepada En. Naim & Syarikat Coway Malaysia kerana telah memilih Jasmine Homestay untuk penginapan sepanjang berada di Tanjong Karang. Kami mengalu-alukan kedatangan pihak En. Naim & Syarikat Coway dengan hati yang terbuka. 







"Anda Selesa Kami Bahagia"



Tuesday, 6 February 2018

Feedback dari Cik Salmiza - Bagan Tengkorak, Tanjong Karang

Terima kasih kepada Cik Salmiza sekeluarga dari Bagan Tengkorak kerana telah memilih Jasmine Homestay untuk penginapan keluarga pihak lelaki dalam majlis pertunangan beliau.



"Anda Selesa Kami Bahagia"


Monday, 25 December 2017

Ingin menikmati kesegaran ikan sembilang dan udang galah Tanjong Karang?

Peluang terbaik bagi penginap Jasmine Homestay yang 'kaki pancing'! 

Anda boleh menghilangkan 'gian' dengan menaiki bot untuk memancing sembilang atau udang galah menyusuri Sungai Tanjong Karang pada waktu malam. Nikmatilah suasana malam yang nyaman dan hening di Jasmine Homestay.





"Anda Selesa Kami Bahagia"